Kejadian menimpa adik Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan kita,kini mangsa terbaru kanak-kanak perempuan di culik, Sharlinie , 5 , atau dikenali sebagai Nini dilaporkan hilang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka.
Antara yang menawarkan ganjaran ialah Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) Datuk Donald Lim Siang Chai yang melalui Pusat Perkhidmatannya, menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang memberi maklumat sehingga terjumpanya kanak-kanak itu.“Saya harap masyarakat akan tampil memberikan maklumat dan kerjasama dengan polis agar Sharlinie dapat kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya kepada pemberita dalam program `Kembalikan Adik Sharlinie Ke Pangkuan Keluarga’ di sini malam ini.
Lelaki gila seks yang diberi gelaran lelaki kucing dipercayai terlibat.
Sila forward kepada teman poster adik Sharlinie ni..